BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 19, 2014

Pujuklah Diri




Mungkin tidak semua orang yang dapat meluahkan apa yang dirasai,
Mungkin juga sangat sukar untuk seseorang menceritakan kesakitan yang dirasai,
Mulut rasa terkunci untuk menafsir apa yang ada di dalam hati,
Malah tiada siapa yang mengetahui selain Allah.
Maka, pujuklah dirimu kerana..
Mereka di sekelilingmu tidak mengetahuinya

Kadangkala, hingga kita merasa untuk melakukan perkara yang tidak masuk akal,
Perkara yang mungkin memudaratkan diri,
Tetapi, pujuklah diri, pujuklah hati,
Jangan biarkan diri terjerumus dengan dosa.

Berbaik sangkalah,
Ingatlah Allah. Berapa banyak nikmat yang telah Allah berikan,
Nyawa kita, kasih sayang yang kita peroleh,
sahabat, kesihatan, ilmu, akhlak,
Apakah semua itu.?
Tidakkah kau nampak, Semua tu dari Allah.?
Rezki setiap insan berbeza-beza,
Bersyukurlah wahai diri..
Ingatlah, terlalu banyak nikmat yang telah kau peroleh tanpa kau sedari
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [Ar-Rahman:55]

Sedarlah wahai diri,
Apa yang kau rasai hanya sedikit,
Takkan baru sikit dah nak giveup?
come on... bangkitlh,
bangkitlah wahai diri,
Jangan biarkan diri dibelenggu dengan bisikan-bisikan syaitan.
"mungkin ada hikmahnya kita diuji sebegitu",

Wahai diri,
Usahlah kau putus asa,
Teruskan usahamu,
Andai kau sedih, menangislah sepuasnya,
Mengadulah pada Allah,
Kerana...
Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

"Ku serahkan segalanya pada Allah"

-nasihat buat diri-

0 kata2 membina: