BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 31, 2009

BI TAUFIQ WA AN-NAJAH

Semoga kita semua berjaya di Medan Peperiksaan. Setiap kepahitan pastinya ada kemanisan.
Good Luck pada sahabat-sahabat di UTeM dan di institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Insya-Allah, setiap pahit getir yang kita tempuhi pasti ada sesuatu yang manis di dalamnya..
Buat siswa siswi FPTT UTeM, especially BTMM, kita akan bertempur di Medan yang sama.
Subjek utk final:
1. Business Of Management
2. Falsafah Sains Dan Teknologi
3. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
4. Principal Of Economic
5. Pembangunan Sosio-Ekonomi
6. Management Of Technology
7. Business Of Mathematics
Good Extra Luck pd sahabat-sahabatku semua..

Sunday, October 18, 2009

Program Secretariat Pencegah Rasuah

17 Oktober 09 - saya ada menyertai Program yg dianjurkan oleh SPR UTeM. Alhamdulillah, banyak juga lah faedah yang diterima. Walaupun tak ramai yang menyertainya, program tetap berjalan lancar. Tentatif program :
8.30 : Ketibaan Pelajar
9.00 : Ketibaan tetamu jemputan
9.30 : Ketibaan Pengarah SPRM Melaka &Dekan BHEPA.
9.35 : Bacaan doa
: Nyanyian lagu Negaraku & UTeM Terbilang
9.45 : Taklimat program
VISI
Mewujudkan masyarakat Malaysia bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi.
Menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul
MISI
Menghapuskan jenayah rasuah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia
OBJEKTIF
Membanteras segala bentuk rasuah, penyalhgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan

Friday, October 9, 2009

Majlis Hari Raya FPTT UTeM di Kampus Bandar

8hb Okt 09- Di Kampus Bandar UTeM telah diadakan Majlis Hari Raya yang bermula pada pukul 12.30tghri hingga 2.30ptg. saya perlu in charge bahagian PA system. Bayangkanlah, sehari sebelum tu baru tahu yang diri ni kne in charge PA system and, apa2 persediaan pun belum buat lagi.
Flash back.....
Lepas habis kelas MOT, AJk dikehendaki berkumpul di bilik rehat Kampus Bandar. Mesyuarat punya mesyuarat, rupa-rupanya saya kena jadi AJK Persembahan. Ya Allah, tak ada pa-apa preparation pun. Cuba bayangkan, insan yang tak pernah kendalikan PA System, kena kendalikan sorang2. Allah shj yg tahu bagaimana perasaannya. Lepas dah taw kne kendalikan PA system, terus call insan2 yg tertentu yg buat persembahan. Lepastu, ingatnya PA system dah diorder rupanya, lepas call ketua PA system, kena marah sbb lmbt order. tak apa lah, pengalaman... Tapi rasa nak nangis pn ada. Tapi, apa boleh buat... dugaan... Ni lah masanya nak timba pengalaman.. Bila dah settle semua tempahan, Petangnya, PA system sampai....
Sebelum Program berjalan,
Saya datang ke Kampus Bandar pukul 7.30am. Dah sampai, makan dulu kat cafe. Lebih kurang pukul 8.00am, saya pergi ke bangunan pentadbiran untuk settle kan PA system. Alhamdulillah... Ada sorang pak cik ni, bantu saya set up kn PA system. Kalau tak de pak cik ni, tak taw lah apa jadi. Lepas dah set up, saya masuk ke kelas pukul 9.00am hingga pukul 11.00 am. Habis kelas, saya terus ke bangunan pentadbiran. Set lap top balik (sebab dibawa ke kelas). Alamak, Muzik untuk ucapan tiba-tiba ada masalah. Habis.Muzik tu jd slow. So, bila ucapan, saya kena kuatkan volume. Lepas tu, ada beberapa orang siswa duduk di kawasan saya. Nasib baik mereka ada. Bila dah ada, apa lagi.. minta tolong untuk bantu saya... Alhamdulillah diorang dapat bantu saya set up pentas masa persembahan.
Semasa program berjalan,
Dekan dah nak masuk perkarangan. Saya tak tahu muziknya OK ke tak. Tapi, minta-minta Ok. Tiba masa untuk ucapan Dekan. Fuh! tak bunyi muziknya. Tak pe lah, biarkan je lah. Untuk cabutan bertuah pun ada muzik tersendiri. Ia dikawal kuat dan perlahannya (volume). Kawal punya kawal, pening pulak kepala ni. tak makan lagi. Ya Allah.. migrain datang lah ni. Ramai juga yang suruh makan. Tapi, nak buat macam mana... muzik tu tak ada orang nak control. setelah sekian lama menunggu... Ada pak cik tu suruh makan dan offer diri untuk control muzik. Mula2 pi bhgn sate. Tapi sate tengah dibakar. Nanti nak tunggu, lamalah pula. PA tak ada orang jaga dah. Em... makan nasi impit je lah. Dapat juga makan walaupun sikit dengan kak jalia. Habis makan, terus jalan ke tempat PA system. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar akhirnya.
Pengalaman ni merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat saya sebab dengan pengalaman ni lah kita boleh mengetahui bagaimana susahnya orang yang mengawal PA system.
Gambar-gambar masa program :-
Bacaan Doa utk mendapatkan keberkatan majlis

Ucapan Dekan FPTT, Prof Dr Salleh Bin Yahya

Sempat Ber'posing' dgn hadiah

Pensyarah, siswa siswi Master & Degree

Para pensyarah, En ARY, En Fazli, En Naziz, En Amir & En Othman

Bersama Puan, En Akmal & Hasanah

Siswa siswi FPTT

Sunday, October 4, 2009

Insan Super