BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 10, 2013

Musim Peperiksaan Telah Tiba..



Setiap tahun, pasti akan ada peperiksaan besar yang membuatkan pelajar-pelajar rasa berdebar-debar dan bersungguh-sungguh untuk jadi yang terbaik dan mendapat banyak 'A'. Tapi, sedar atau tidak, segala kejayaan atau kegagalan datangnya dari Allah. 

Sedalam mana keikhlasan kita untuk menuntut ilmu, hanya Allah yang mengetahuinya. Walau bagaimanapun, seandainya kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, kita akan ingat ilmu itu dan aplikasikannya di dalam kehidupan seharian secara langsung ataupun tidak langsung. Contohnya, seorang hamba Allah yang menyebarkan islam kepada orang lain walaupun beliau tidak mempunyai title 'ustaz', namun sifatnya yang mengamalkan cara hidup islam telah menarik orang lain untuk berbuat kebaikan dan dekat dengan islam. Semuanya datang dengan ilmu. 

Apabila kita mempunyai ilmu, sebaiknya kita beramal dengan ilmu tersebut da
n sebarkannya seperti sabda nabi Muhammad s.a.w, "Sampaikan dariku walau sepotong ayat". Oleh itu, saya menasihatkan diri saya sendiri agar rajin-rajinlah untuk menuntut ilmu dan mengamalkannya.

Akhir kata, semoga berjaya buat adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan UPSR especially for my student. Do the best and always remember Allah wherever you go.  Tak lupa juga buat semua yang akan menghadapi PMR, SPM, STPM dan mana-mana examination. Minta restu mak abah, cikgu dan sentiasa berdoa slps berusaha. ;)