Kepada semua siswa siswi UTeM, dan semua institusi, tahniah kerana anda telah menerima keputusan yang baik. Tidak kiralah, keputusan tersebut tinggi ataupun rendah, jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk menjadi yang terbaik untuk semester yang akan datang. Tidak semua sahabat-sahabat kita yang di luar sana dapat meneruskan pengajian mereka kerana kesempitan wang dan sebagainya. Oleh itu wahai sahabat-sahabat, gunakanlah peluang yang kita ada ini dengan sebaiknya. Kejayaan tidak datang bergoleh. Kita perlu berusaha untuk mencapainya. Saya juga menasihatkan diri saya juga untuk lebih berjaya. Kepada senior-senior, tunjuk ajarlah adikmu ini yang baru hidup di alam universiti. Sekian semoga usaha kita semua dipermudahkan Allah. Wassalam.
Sunday, December 27, 2009
Thursday, November 19, 2009
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut’
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin… amin Yarobbala’lamin ..”
Posted by Berjaya Bersama at 1:04 PM 0 kata2 membina
Saturday, October 31, 2009
BI TAUFIQ WA AN-NAJAH
Posted by Berjaya Bersama at 11:23 PM 0 kata2 membina
Sunday, October 18, 2009
Program Secretariat Pencegah Rasuah
Posted by Berjaya Bersama at 11:06 AM 0 kata2 membina
Friday, October 9, 2009
Majlis Hari Raya FPTT UTeM di Kampus Bandar
Posted by Berjaya Bersama at 1:14 AM 0 kata2 membina